fbpx

Malaysia tidak iktiraf tuntutan waris Sultan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa sebagai pewaris Sultan Jamalul Kiram II menerusi prosiding timbang tara antarabangsa di Perancis.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara, Malaysia juga tidak mengambil bahagian dalam prosiding oleh waris Sultan Sulu di ibu kota Paris tersebut.

“Tambahan pula, Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengenepikan kedaulatan sebagai sebuah negara berdaulat selain tuntutan berkenaan juga bukan bersifat komersial.

“Ia sebenarnya tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara kerana Perjanjian 1878 dengan Sultan Sulu pada masa itu tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara,” jelasnya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai mengulas laporan media berhubung kejayaan waris itu menerusi penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa dalam perbicaraan pada Isnin lalu.

Tuntutan itu berbangkit daripada beberapa perjanjian penyerahan buat selama-lamanya yang dimeterai antara Sultan Mohamed Jamal Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Sebagai balasan, Sultan Sulu itu dan pewarisnya diberikan wang serahan sebanyak RM5,300 setiap tahun namun dihentikan ekoran insiden serangan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI