fbpx

Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan siasat Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICC akan membuka kertas siasatan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan terhadap Rusia. - Google

THE HAGUE, Belanda – Rusia akan  disiasat kerana disyaki melakukan  jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Ukraine , kata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)  di Belanda, lapor laman berita Metro.co kelmarin.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan mengesahkan malam kelmarin bahawa beliau akan membuka kertas siasatan secepat mungkin.

Perkembangan itu berlaku selepas pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) mengutuk Rusia kerana didakwa menyerang sebuah tadika dalam tindakan yang dianggap sebagai jenayang perang.

Khan berkata dalam satu kenyataan bahawa siasatannya akan tertumpu kepada jenayah perang yang didakwa berlaku sebelum pencerobohan Rusia bermula pada minggu lalu tetapi menambah: “berikutan konflik Ukraine yang semakin meluas sejak beberapa hari lalu, adalah hasrat saya supaya siasatan ini turut merangkumi sebarang  jenayah baharu di bawah bidang kuasa ICC yang dilakukan oleh mana-mana pihak dalam konflik ini atau di mana-mana kawasan di Ukraine,” katanya. 

ICC telah melakukan siasatan terhadap jenayah berkaitan operasi menghapuskan bantahan pro-Eropah di Kiev antara tahun 2013 hingga 2014 dan dakwaan jenayah perang di Semenanjung Crimea yang dirampas oleh Rusia serta timur Ukraine.

Pada Disember 2020,  pendakwa raya ICC ketika itu, Fatou Bensouda berkata, siasatan awal itu menemui petunjuk bahawa jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang berada di bawah bidang kuasa ICC berlaku di Ukraine.

Bagaimanapun, pendakwa raya mahkamah berkenaan masih belum memohon kelulusan daripada panel hakim untuk melakukan siasatan secara menyeluruh.

Khan yang merupakan pengganti Bensouda berkata, beliau akan membuka siasatan yang diusulkan oleh pendakwa raya sebelum  ini  dan memperluaskannya supaya merangkumi jenayah yang dilakukan semasa pertempuran sejak Rusia menceroboh Ukraine pada minggu lalu.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI