fbpx

Lelaki OKU dikhuatiri hilang dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini semalam.

PASIR MAS – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini semalam.

Kehilangan Muhamad Faizal Abd. Rahman, 20, yang merupakan OKU kategori masalah pembelajaran disedari oleh ibunya, Che Fatimah Che Kob, 62, kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, ketika kejadian, ibu mangsa sedang membersihkan kedai makan yang diusahakannya manakala Muhammad Faizal sedang bermain berhampiran premis tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, Che Fatimah menyedari anaknya itu sudah tiada di kawasan tersebut.

“Menyedari kehilangan itu, Che Fatimah telah bertanya kepada cucunya yang berusia 12 tahun sama ada melihat Muhammad Faizal atau sebaliknya.

“Kanak-kanak itu memaklumkan ada melihat Muhammad Faizal berada di kawasan masjid berhampiran kedai makan milik itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ibunya telah mencari mangsa di sekitar kawasan kampung itu, namun gagal menemui Muhammad Faizal.

Katanya, susulan kejadian itu, Che Fatimah telah membuat laporan di Balai Polis Jeram Perdah di sini.

Tambahnya, wanita itu mengesyaki anaknya telah lemas dihanyutkan air banjir yang melanda kawasan kampungnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI