fbpx

Jam pintar tahan lasak sesuai aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAM tangan pintar siri fenix keluaran Garmin dibangunkan khusus bagi aktiviti luar dengan 40 mod sukan tersedia di dalamnya.

KINI jam tangan pintar menjadi pilihan ramai kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang tersendiri.

Garmin antara jenama pengeluar jam tangan pintar yang sentiasa mengeluarkan peranti tersebut.

Baru-baru ini, Garmin melancarkan generasi bahari jam pintar siri fenix iaitu fenix 7S, fenix 7 dan fenix 7X.

Bagi memberikan kelainan, Garmin mengetengahkan kecekapan tenaga solar dipertingkatkan dan bateri yang ditambah baik untuk jam tangan siri berkenaan.

Selain itu, jam tangan siri fenix itu juga dihasilkan mengikut spesifikasi US Military MIL-STD-810G.

Peranti ini juga tahan lasak serta tahan calar kerana dibina dengan kaca pelindung Power Sapphire standard tinggi.

Pada masa sama, jam tangan pintar ini juga menampilkan panel solar boleh telap atau permeable yang membolehkan kecekapan solar dioptimumkan 200 peratus lebih tinggi.

Dalam pada itu, siri jam tangan pintar ini direka khusus untuk aktiviti luar dengan lebih 40 mod sukan.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar, peranti ini boleh dipertimbangkan untuk dimiliki.

Andara mod sukan yang tersedia pada jam pintar ini termasuk mendaki gunung, larian dan lain-lain lagi.

Selain itu, jam tangan pintar ini dilengkapi dengan fungsi Real Time Stamina bagi membolehkan pengguna memahami tahap kecergasan semasa, sekali gus boleh meningkatkan mutu latihan yang dijalankan.

Pengguna juga boleh menyimpan maklumat pelbagai data dengan menggunakan fungsi Up Ahead melalui aplikasi Garmin Connect.

Peranti ini juga disertakan dengan lampu suluh terbina dan lampu merah strob bagi memudahkan pengguna melakukan aktiviti di tempat yang gelap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI