PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada pukul 8.52 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 30.1 darjah selatan dan 177.0 darjah barat.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 83 kilometer (km) dan 1,048 km Timur Laut dari Tauranga, New Zealand.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE