fbpx

Gadis rugi lebih RM47,000 angkara penipuan kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Hasrat seorang gadis untuk mendapatkan peluang pekerjaan bukan sahaja tidak kesampaian malah dia menanggung kerugian lebih RM47,125 selepas ditipu dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula selepas mangsa berusia 24 tahun dari Pekan melayari laman sosial Instagram untuk mencari peluang pekerjaan ketika berada di rumahnya di Pekan.

“Mangsa menemui satu akauan Instagram menggunakan nama BI Hiring yang menawarkan peluang pekerjaan dan seterusnya mangsa telah menghubungi pihak bekenaan melalui WhatsApp.

“Untuk melakukan pekerjaan berkenaan, mangsa diminta membuat bayaran mengikut tugasan yang diberikan dan dijanjikan akan menerima semula wang bayaran berkenaan bersama komisyen sebanyak 10 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, mangsa telah melaksanakan tugasan dengan membuat bayaran sebanyak RM47,125 melalui pemindahan wang ke enam akaun berbeza bermula 21 Februari lalu.

Katanya, bagaimanapun mangsa mula mengesyaki ditipu selepas pihak BI Hiring dan syarikat Magnus Digital Sdn Bhd yang berurusan dengannya itu tidak menjawab panggilan telefon atau membalas WhatsApp sejak 23 Februari lalu hingga sekarang.

“Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Pekan, semalam dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI