fbpx

Empat pekerja sangkar ikan tiada dokumen diberkas APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat warga Myanmar diberkas selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah semalam.

GEORGE TOWN – Empat pekerja sangkar ikan warga Myanmar diberkas Maritim Malaysia (APMM) selepas dipercayai gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa operasi dijalankan di sini semalam.

Mereka terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 28 tahun itu ditahan di sebuah sangkar yang terletak di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pulau Gedong di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Pengarah Maritim Negeri Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, penahanan dilakukan ketika pemeriksaan rutin anggota penguat kuasa bot PERKASA 1221 melalui OPS PERTIWI.

Menurutnya, kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu merupakan pekerja di sangkar berkenaan.

“Kesemua PATI itu kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI