fbpx

Dapat lesen juruterbang dahulu sebelum lesen kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
James Dunk lulus peperiksaan dengan hanya tiga kesalahan dan kini mempunyai kedua-dua lesen juruterbang dan memandu. - Triangle News

LONDON – Seorang lelaki yang terlebih dahulu mahir memandu kapal terbang di usia 14 tahun akhirnya berjaya memperoleh lesen kereta ketika dia berumur 21 tahun, lapor akhbar Metro News UK, kelmarin.

James Dunk berjaya memiliki lesen penerbangan pesawat ringan semasa remaja, malah pernah membawa ibunya bersiar-siar menggunakan pesawat ringan.

Namun begitu, dia menunggu sehingga usia 21 tahun untuk mendapatkan lesen kenderaan selepas enggan lagi  menumpang kereta teman wanita dan kekasihnya setiap kali mahu keluar.

“Fokus utama saya memang memiliki lesen penerbangan dahulu kerana bercita-cita untuk menjadi juruterbang.

“Kini, saya sudah memiliki kedua-dua lesen jadi saya tidak perlu lagi menumpang orang untuk ke sana sini,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI