fbpx

Cuaca buruk di lapan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa negeri dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Keadaan itu dijangkakan berlarutan bagi semua negeri terlibat sehingga lewat malam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, amaran dikeluarkan melibatkan Kedah di Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.

“Di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Amaran turut dikeluarkan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Bera sementara di Selangor di kawasan Sabak Bernam.

Jelas MetMalaysia, cuaca buruk tersebut turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu dan Jempol.

“Selain itu, di Sarawak, cuaca buruk diramalkan tertumpu di Sibu (Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang.

“Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Sandakan (Beluran) dan Kudat,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI