PETALING JAYA – Sebanyak 64 lokasi terjejas akibat bencana alam melibatkan tujuh negeri di Semenanjung termasuk Sabah setakat pukul 2 petang hari ini.
Menurut laporan bencana Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), sebanyak 41 lokasi direkodkan terjejas akibat banjir membabitkan empat daerah di Terengganu dan tujuh di Kelantan.
Selain itu, sebanyak 15 lokasi dicatatkan mengalami cerun runtuh melibatkan Kedah, Negeri(2), Sembilan (2), Pahang (2), Selangor (2), Terengganu (2), Kelantan (2) dan Sabah (1).
Dalam pada itu, sebanyak lapan lokasi turut dilaporkan terjejas akibat jalan runtuh dan mendap. – KOSMO! ONLINE