fbpx

6 kenderaan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan kemalangan di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak enam buah kenderaan dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.1 Jambatan Pulau Pinang arah pulau hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dari arah Perai disyaki berhenti secara mengejut akibat kesesakan di hadapan.

“Lalu sebuah kereta lain di belakangnya tidak sempat mengelak dan terus melanggar belakang kereta tersebut.

“Seterusnya berlaku (melanggar belakang) lima buah kenderaan lain di laluan sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafee berkata, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut, manakala pihaknya turut menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Peraturan-peraturan Lalulintas 1969.

Kejadian itu tular apabila rakaman video di lokasi kejadian yang memaparkan beberapa kereta bergelimpangan di atas Jambatan Pulau Pinang dikongsi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI