fbpx

1,013 calon SPM terima alat tulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pengetua sekolah yang menerima sumbangan alat tulis itu di PPD Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seramai 1,013 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan alat tulis daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Sumbangan itu diserahkan kepada pengetua sekolah yang mewakili pelajar masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor, di sini.

Menurut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, sumbangan itu diharap memberi semangat kepada calon SPM yang berdepan cabaran belajar secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

“Pendidikan amat penting untuk menjamin masa hadapan seseorang selain mengubah kehidupan keluarga pada masa akan datang.

“Sumbangan ini diharap memberi motivasi dan sokongan moral kepada anak-anak untuk berjaya dalam SPM,” katanya ketika berucap merasmikan program itu secara maya di sini.

Penyerahan sumbangan itu melibatkan lapan sekolah menengah di kawasan Parlimen Tanjong Karang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI