fbpx

Warga emas mati lemas dalam kolam ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menutup mayat warga emas yang ditemui mati lemas di kolam ikan di kebun miliknya di Jalan Kelompang, Kampung Kenawar, Pogoh, Segamat pagi tadi.

SEGAMAT – Seorang warga emas ditemui lemas dalam kolam ikan di kebun miliknya di Jalan Kelompang, Kampung Kenawar, Pogoh, di sini pagi tadi.

Mangsa, Liaw Guan @ Liew Kuan Yik, 73, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya setelah hampir dua jam setengah tidak dapat dihubungi.

Komander Operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba (PkPB), Mazuki Ismail, berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mangsa lemas pada pukul 10.57 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk kampung di lokasi terakhir mangsa dilaporkan tergelincir.

“Mangsa kemudiannya ditemui di dasar kolam pada pukul 11.20 pagi.” katanya ketika ditemui hari ini.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdahulu, tiga jentera dari BBP Bandar Baru Segamat dengan kekuatan keseluruhan seramai 11 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Tindakan operasi dengan mengangkat mangsa yang berada ditepi kolam menggunakan stretcher.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi berkata, kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI