fbpx

Turki sekat kapal perang dari Selat Bosphorus, Dardanelles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tentera laut Rusia melalui Selat Bosphorus di Istanbul pada Mei 2020. - Anadolu Images

ANKARA – Turki menyatakan kelmarin bahawa ia melarang kapal-kapal perang belayar di Selat Bosphorus dan Dardanelles selaras dengan konvensyen yang memberikan Ankara kawalan ke atas laluan kapal tentera di kawasan strategik tersebut.

“Kami telah memberi makluman  kepada negara-negara rantau ini dan di tempat lain untuk tidak menghantar kapal perang melalui Laut Hitam.

“Kami mengaktifkan Konvensyen Montreux,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.

Konvensyen Montreux 1936 menjamin pergerakan bebas kapal-kapal dagang dan awam pada masa aman untuk belayar melalui Selat Bosphorus dan Dardanelles.

Namun,  ia memberi hak kepada Turki hak untuk menghalang laluan kapal perang di Selat Dardanelles dan Bosphorus yang menghubungkan  Laut Hitam, Aegean dan Marmara pada masa perang.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan baru sahaja menjelaskan kedudukan Turki sebagai anggota NATO untuk ‘tidak meminggirkan sama ada Rusia atau Ukraine’ dan pada masa yang sama, ‘tidak menggadaikan kepentingan negara Turki.’

“Kami telah memutuskan untuk menggunakan Konvensyen Montreux bagi mencegah peningkatan krisis di Ukraine,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Ukraine pada minggu lalu secara rasmi meminta Turki menutup Selat Dardanelles sekali gus akses ke Laut Hitam kepada kapal-kapal Rusia.

Turki yang merupakan anggota NATO mempunyai hubungan rapat dengan Rusia dan Ukraine, tidak segera menyahut permintaan Kiev itu.

“Rusia bertanya kepada kami sama ada kami akan menggunakan Konvensyen Montreux jika perlu. Kami memberitahu mereka kami akan menggunakannya,” kata Cavusoglu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI