fbpx

Tiada lagi status ‘kontak kasual’ di aplikasi MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bermula hari ini, tiada lagi penukaran status kepada ‘kontak kasual’ sekiranya MySJ Trace mengesan orang awam telah terdedah kepada kes positif jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.

“Sebelum ini apabila MySJ Trace atau Check-Ins mengesan bahawa anda telah terdedah kepada kes positif, status risiko anda akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Mulai hari ini, status risiko anda tidak akan berubah lagi. Anda akan mendapat pemberitahuan sebaliknya,” ciapnya.

Jelas beliau, sekiranya orang awam mempunyai simptom, diminta untuk segera mengasingkan diri dan membuat ujian kendiri Covid-19.

“Jika anda mempunyai simptom, asingkan dan uji,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI