fbpx

Penang FC dapat tajaan bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penyokong Penang FC mengibarkan bendera dan logo pasukan sempena pengumuman tajaan dua buah bas untuk skuad Harimau Kumbang musim ini.

SEBAGAI salah satu usaha untuk menyemarakkan sokongan terhadap skuad Penang FC, syarikat bas persiaran milik bumiputera iaitu TRA Holidays Sdn. Bhd. bersetuju menaja dua buah bas bagi kegunaan pasukan Harimau Kumbang sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengurus Eksekutif TRA Xpress iaitu anak syarikat kepada TRA Holidays, Nur Safwan Md. Salleh berkata, salah satu daripada bas tersebut iaitu jenis dua tingkat yang dicat dengan logo pasukan dan akan digunakan oleh skuad Liga Super Penang FC untuk aksi di luar Pulau Pinang.

Menurutnya, sebuah lagi bas iaitu bas persiaran biasa yang turut dicat dengan logo Penang FC pula akan digunakan oleh skuad Piala Belia dan Piala Presiden Pulau Pinang sebagai pengangkutan rasmi.

“Setiap bas mengambil masa hingga dua minggu untuk disiap­kan dan bas dua tingkat (untuk kegunaan skuad Liga Super Pe­nang FC) masih dalam proses.

“Kami harap penajaan ini akan menyemarakkan lagi sokongan terhadap skuad Penang FC secara keseluruhannya untuk sepanjang musim ini,” katanya kepada Kosmo! di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Nur Safwan memberitahu, pihaknya turut menyediakan bas-bas persiaran untuk disewa oleh peminat skuad Harimau Kumbang yang ingin turut-serta memberikan sokongan pada harga istimewa di luar Pulau Pinang.

“Ketika ini, kami memiliki 13 bas secara keseluruhannya termasuk tiga bas ekspres dan semua bas ini boleh disewa,” kata­nya yang memberitahu, pihaknya telah mula menaja pasukan itu sejak tiga tahun lepas iaitu bermula dengan sebuah bas yang dicat dengan logo Penang FA.

Nur Safwan turut menjangkakan sekurang-kurangnya enam buah bas persiaran akan disewa untuk membawa penyokong setia Penang FC ke Johor bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi sulung saingan Liga Super Jumaat ini.

Dalam pada itu, seorang penyokong Penang FC, Kenneth Chew, 56, berharap agar kemudahan pengangkutan itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain dan peminat.

“Saya lihat sokongan terhadap Penang FC untuk musim baharu ini agak luar biasa dan pengangkutan rasmi ini pastinya akan menjadikan ia lebih menarik,” katanya yang awal-awal sudah menempah tiket untuk ke Johor bagi mengikuti aksi pembuka tirai saingan Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI