fbpx

Singapura akan laksanakan sekatan ke atas Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAKRISHNAN bercakap kepada pemberita di Jabatan Negara Amerika Syarikat, Washington pada 27 September 2021. - AFP

SINGAPURA – Singapura akan mengenakan sekatan ke atas Rusia kerana menyerang Ukraine, termasuk menyekat transaksi kewangan dan eksport barangan yang boleh digunakan sebagai senjata terhadap rakyat Ukraine, kata pemerintah semalam.

Negara kota Asia itu menyertai sebilangan yang lain termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), Britain, Kanada, Jepun, Australia dan Taiwan dalam melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Rusia ketika pemimpin-pemimpin dunia cuba meningkatkan tekanan terhadap Kremlin.

Singapura jarang melaksanakan sekatan terhadap negara lain tanpa keputusan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata Menteri Hal Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan kepada Parlimen.

“Bagaimanapun, berikutan situasi serius serangan Rusia, Singapura berhasrat untuk bertindak selaras dengan tindakan oleh negara-negara  lain untuk melaksanakan sekatan dan larangan sewajarnya ke atas Rusia,” katanya. 

Balakrishnan juga menyebut tindakan Rusia menghalang draf resolusi  Majlis Keselamatan yang mengutuk serangan di Ukraine itu sebagai satu lagi alasan untuk langkah tersebut.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan nasional Singapura, Singapore Airlines juga mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah membatalkan penerbangan antara Singapura dan Moscow ‘kerana faktor operasi’.

Sebahagian besar syarikat penerbangan EU termasuk  Air France telah menggantung penerbangan masing-masing ke lapangan terbang Rusia atau melalui ruang udara Rusia dengan EU turut menutup ruang udaranya kepada pesawat Rusia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI