fbpx

Malaysia sasar capai Tier 1 atau Tier 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan ATIPSOM antara Jabaran Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan Tahun 2022 di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Malaysia menyasarkan untuk mencapai penilaian Tier 1 atau Tier 2 dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dalam Laporan-Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pada masa ini Malaysia berada pada kedudukan Tier 3 dan usaha sedang dijalankan untuk mencapai sasaran berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kita sedang berusaha untuk meningkatkan kedudukan dari Tier 3 kepada Tier 2 atau Tier 1.

“Usaha untuk mencapai sasaran berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama agensi di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain agensi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Pendakwaan dan Penguatkuasaan ATIPSOM antara Jabatan Peguam Negara dan Agensi-agensi Penguatkuasaan Tahun 2022.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) telah menuruntaraf kedudukan Malaysia sebagai ‘Tier 3’, dalam Laporan-Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2021.

Menurut laporan itu, kerajaan Malaysia tidak memenuhi standard minimum berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (TVPA) AS.

Dalam perkembangan lain, Abd. Jalil berkata, bagi kesalahan jenayah pemerdagangan orang pada tahun 2021, sebanyak 112 serbuan dijalankan melibatkan tangkapan seramai 228 orang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI