fbpx

Kredibiliti calon jadi tumpuan orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Ir Hasni Mohammad (kiri) bersama barisan calon lain bagi DUN Benut, Haniff @ Ghazali Hosman (PKR), Senator Datuk Isa Ab Hamid (PN) dan Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang) bergambar selepas proses penamaan calon PRN Johor di Dewan Serbaguna Benut. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kredibiliti seorang calon dalam membawa sua­ra golongan muda antara faktor dinilai golongan mahasiswa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Rata-rata mereka tidak memandang ‘track record’ sesebuah parti dalam menentukan wakil rakyat kerana yang penting adalah membentuk sebuah negara kukuh dan stabil daripada aspek ekonomi dan pentadbiran.

Bagi mahasiswa Pendidikan Teknologi Binaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhd. Zikri Hasan, 25, setiap calon perlu faham geopolitik negara dan bukan hanya menjaja manifesto tidak realistik semata-mata mahu meraih undi golongan muda serta pengundi baharu.

“Saya pilih calon yang idealis, mempunyai tahap intelektual diimbangi pengalamannya dalam dunia politik, muda tidak semestinya umur 20-an tapi ‘muda’ perlu menjiwai dan faham apa golongan ini perlukan.

“Saya harap setiap anak muda mengkaji dan menilai dahulu sebelum memilih (wakil rakyat) sebab kita mahu menentukan hala tuju negara dengan baik dan tidak mahu lagi gangguan dalam tadbir urus dan pentadbiran negara yang menyebabkan rakyat merana,” katanya.

MOHD. ZIKRI

Penuntut Sarjana Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nur Syazeera Abdullah, 26, memberitahu, calon muda dan popular dilihat mampu menarik perhatian golongan yang pertama kali mengundi, namun tidak boleh dijadikan sandaran.

“Saya lebih mementingkan kredibiliti seseorang calon itu berbanding parti diwakili kerana parti tidak menjanjikan calon yang baik untuk rakyat.

“Kita mahukan pemimpin yang memimpin dan mencorak negara menekankan kesejahte­raan ekonomi, kesepaduan rak­yat dan sebagainya.

“Generasi anak muda kini lebih cenderung untuk memilih pemimpin yang dekat dengan mereka dan percaya pemimpin yang tidak jauh jarak usia lebih sesuai, disenangi dan mesra berbanding calon yang lebih berusia,” ujar­nya.

NUR SYAZEERA

Mahasiswa Pengurusan Perniagaan Tani Universiti Utara Malaysia (UUM), Khairul Azman Abdullah, 25, berkata, kombinasi calon baharu dan lama perlu bagi mengimbangi antara membawa aspirasi orang muda serta pengalaman mentadbir negara.

“Selain faktor calon, manifesto parti yang menekankan kepen­tingan golongan muda juga mampu memancing undi pengundi baharu ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI