fbpx

Siasatan Mara Corp sudah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp) sudah selesai sepenuhnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan telah dibawa kepada pegawai perundangan SPRM dan dalam peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Mungkin akan ada keputusan mengenai perkara itu pada minggu hadapan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, SPRM memanggil lima pegawai Mara yang dikaitkan dakwaan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan Mara Corp.

Kelima-lima mereka merupakan antara 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, Azam memberitahu, pihaknya tidak menyiasat suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Dr. Tawfiq Ayman berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, SPRM hanya diberi tanggungjawab untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari Singapura manakala siasatan terhadap lelaki itu dijalankan oleh polis.

Sebelum ini media melaporkan, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner pada prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1MDB di New York, Amerika Syarikat mendakwa suami bekas Gabenor BNM itu menerima rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI