fbpx

Gull Jewellery bakal lancar promosi Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cawangan Gull Jewellery di lokasi strategik di Shah Alam.

SHAH ALAM – YBS Retail Trading Sdn Bhd. melalui jenama cawangannya,  Gull Jewellery sedang menyusun strategi untuk menganjurkan promosi sempena sambutan musim perayaan tidak lama lagi.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazmirul Mazhar berkata, bersandarkan permintaan yang tetap kukuh terhadap barangan kemas sejak pandemik lalu, pihaknya berkeyakinan terhadap jualan terus meningkat berikutan para peminatnya mahu mendapatkan koleksi terbaharu untuk di pakai pada Aidilfitri nanti.

“Harga yang ditawarkan juga berdaya saing dan akan membolehkan reputasi kami  dikekalkan sebagai peneraju Malaysia dalam peruncitan barang kemas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Hazmirul menerangkan, syarikat yang mula beroperasi sejak tahun 2014 itu terkenal dengan perkhidmatan mesra pelanggan yang pastinya mengekalkan kesetiaan pelanggannya.

“Kami sangat inklusif terhadap semua bangsa. Mereka berpeluang mendapatkan tawaran menarik dan antaranya adalah tawaran upah percuma, harga belian balik yang tinggi serta  perkhidmatan pantas dalam proses pembaikan barang kemas rosak,” jelas beliau. 

Hazmirul menerangkan, syarikat turut menawarkan perkhidmatan  mencuci barang kemas dan juga mereka bentuk barangan kemas mengikut minat pelanggan agar dapat memenuhi keperluan gaya hidup mereka masa kini.

“Kami percaya pelanggan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan jenama, malah kami juga menetapkan piawaian baharu dalam dagangan barang kemas tempatan. 

“Kami akan berusaha memastikan kepuasan pelanggan pada tahap terbaik dengan melakukan pendekatan bagi memenuhi semua keperluan pelanggan tanpa menjejaskan kelestariannya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI