fbpx

Gadis trauma diganggu pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan seorang gadis berkongsi pengalaman dirinya yang diganggu secara seksual oleh pemandu e-hailing.

PETALING JAYA – Seorang gadis mendedahkan pengalaman dirinya yang diganggu secara seksual oleh pemandu e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga mengundang perasaan trauma.

Menerusi ciapannya di Twitter baru-baru ini, dia memperingatkan kaum hawa di luar sana untuk sentiasa berhati-hati terutamanya apabila menaiki kenderaan awam atau e-hailing.

“Kaum Hawa di luar sana, tolong berhati-hati apabila naik kenderaan e-hailing. Pak cik ini awal-awal tu dia tanya saya mana teman lelaki, dan saya kata saya tak ada teman lelaki,” katanya.

Kemudian, menurut gadis tersebut, pemandu berkenaan terus menanyakan soalan lain yang dianggap biadab iaitu mengenai sama ada dia pernah melakukan hubungan intim.

Menurut gadis itu, pertanyaan lelaki tersebut sempat dirakamnya kerana dia mula berasa tidak selesa berada di dalam kenderaan itu.

“Masa itu saya dah rasa janggal dan berdebar sangat.

“Sebelum saya keluar, saya macam tercari-cari duit dalam poket dan kemudian dia tanya lagi, saya tak nak bersamanya.

Jelasnya, pemandu tersebut mengganggunya dengan soalan yang tidak sopan itu berulang kali selepas dia menolak segala permintaan dan pertanyaan lelaki itu.

“Dia tanya tiga empat kali soalan yang sama selepas saya cakap tak nak.

“Dia siap cakap dia nak bayar lagi, menakutkan dan sudahlah saya trauma dengan benda-benda macam ini, memang berdebar dan menangislah selepas keluar dari kereta,” luahnya.

Sementara itu, pendedahan yang dibuat oleh gadis tersebut telah mendapat perhatian meluas daripada orang ramai temasuklah pasukan keselamatan perkhidmatan tersebut yang segera menghubunginya untuk meminta maklumat lanjut berhubung kejadian yang berlaku.

Selain itu, dia turut berkongsi kiriman mesej daripada pihak pengurusan perkhidmatan e-hailing itu yang memaklumkan bahawa pemandu terbabit telah digantung dan tidak akan menerima sebarang tempahan pelanggan sementara pihaknya menjalankan siasatan.

Menurutnya lagi, laporan polis telah dibuat dan pihak pengurusan juga memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu tersebut selaras dengan jaminan syarikat itu yang amat mengutamakan keselamatan penggunanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI