fbpx

FIFA terus didesak ‘haramkan’ Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSIA dijadual turun menentang Poland pada aksi playoff pusingan kedua separuh akhri pada 25 Mac ini untuk merebut slot ke saingan Piala Dunia 2022 di Qatar. – AFP

PARIS – Beberapa negara Eropah mengkritik keputusan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) yang masih memberi ‘lampu hijau’ buat pasukan Rusia bersaing pada kelayakan Piala Dunia 2022 meskipun negara itu masih berada dalam konflik peperangan dengan Ukraine ketika ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet berkata, pihaknya sudah memberikan cadangan buat FIFA agar mengharamkan terus penyertaan Rusia ke kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada November ini.

“Dunia sukan antarabangsa khususnya bola sepak tidak boleh mengambil sikap tidak peduli dengan isu semasa. Justeru, kami mencadangan agar Rusia diharam­kan terus daripada playoff Piala Dunia 2022,” katanya.

Perkara yang sama turut dipersetujui Persatuan Bola Sepak England (FA) yang mengeluarkan kenyataan bahawa badan induk itu akan menyokong Ukraine sepenuhnya selain mengecam tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Rusia.

“Kami tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh Rusia ke atas Ukraine. Apa yang boleh FA lakukan ketika ini adalah untuk memboikot daripada bertemu Rusia pada sebarang aksi antarabangsa pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, FIFA dalam satu kenyataan kelmarin membenarkan Rusia untuk beraksi pada aksi playoff Piala Dunia 2022 menentang Poland de­ngan venue diadakan di stadium neutral pada 24 Mac ini.

Keputusan tersebut ter­nyata membuatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Poland, Cezary Kulesza berang de­ngan menganggap apa yang dibuat oleh FIFA cukup memalukan.

“Kami tetap dengan pendirian untuk tidak mahu menentang pasukan Rusia pada aksi kelayakan nanti meskipun FIFA membenarkan mereka bertanding dengan menggunakan nama lain (Persatuan Bola Sepak Rusia),” kata Kulesza.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI