fbpx

Devisa aktif turun padang jumpa stokis, pengedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saebah bersama sebahagian daripada pengedar yang diraikan dalam satu majlis makan malam di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Devisa Empire Sdn. Bhd. (Devisa Empire) sedang menggiatkan usaha me­ningkatkan pengetahuan produk dalam kalangan para pengedarnya sekali gus menaikkan semangat mereka bangkit semula selepas terkesan daripada pandemik Covid-19.

Pengasas syarikat, Saebah Abd. Rahim berkata, inisiatif turun padang bersemuka dan berjumpa dengan stokis serta pengedar adalah salah satu ja­dual ketat yang akan membuatnya sibuk sepanjang tahun ini.

“Ramai stokis dan pengedar yang terjejas dalam tempoh pandemik dua tahun lalu, jadi dengan kunjungan kami dari ibu pejabat ke seluruh negara akan membolehkan mereka semakin bersemangat berniaga selain meningkatkan pengetahuan dalam aspek promosi secara ­offline dan juga online.

“Ia diibaratkan sebagai serampang dua mata yang mana kami juga bercadang untuk mencari bakat baharu dalam bidang keusahawanan khususnya menjual produk Devisa kerana masih ramai lagi individu yang menganggur dan juga mencari peluang berniaga untuk menambah pendapatan bulanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis makan malam bersempena menghargai kumpulan pengedar dan stokis berjaya di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Majlis bertemakan Srikandi Melayu itu dihadiri oleh 170 teta­mu yang lengkap berpakaian tradisional.

Program tersebut bertujuan menghargai dan menyampaikan pelbagai hadiah termasuk  kepada pengedar yang mencatat jualan ter­tinggi sepanjang tahun lalu.

Saebah menerangkan, bagi meningkatkan semangat pengedar untuk mencapai sasaran jualan pada tahun ini, syarikat bercadang untuk menawarkan hadiah berupa pakej umrah.

Buat masa sekarang, syarikat yang menjual pelbagai produk penjagaan kesihatan dan kecantikan telah memiliki lebih daripada 500 pengedar di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI