fbpx

BPK memperkasa pengguna jadi lebih cakna isu kepenggunaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan (BPK) buat julung kalinya di peringkat nasional di seluruh negara sepanjang bulan ini.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, objektif BPK antara lain untuk memperkasa pengguna agar menjadi lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek terutamanya aspek hak dan perlindungan pengguna.

Katanya, sambutan BPK itu bersesuaian dengan sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (HHPS) yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di mana tahun ini temanya adalah Fair Digital Finance yang bermaksud kesaksamaan dalam kewangan digital.

“Penumpuan akan diberikan kepada kesaksamaan dan perlindungan dalam aktiviti kewangan terutama secara atas talian.

“KPDNHEP mengadaptasi tema berkenaan selaras dengan keadaan dan kesesuaian masyarakat pengguna di negara ini iaitu Digitalisasi Pengguna yang berfokuskan kepada penggunaan transaksi dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat bagi urusan harian,” katanya hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP telah mendahului dalam hal ini melalui inisiatif Pendigitalan Industri Peruncitan (ReDI) yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu di seluruh negara termasuk peniaga kecil di pasar, pasar tani dan pasar malam.

Jelasnya, pemilihan tema itu bertepatan dengan senario pandemik Covid-19 yang memerlukan sebahagian besar transaksi bayaran, jual beli dan sebagainya dilakukan tanpa sentuhan dan transaksi dalam talian adalah platform yang paling selamat dan efisien.

“Bagi merancakkan pengisian BPK 2022, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang selaras dengan perkembangan hal ehwal kepenggunaan semasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang masih berkuat kuasa.

“Antara aktiviti dan program yang akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah termasuklah aktiviti komuniti, wacana ilmiah, kembara rakan KPDNHEP, jualan, karnival kepenggunaan, promosi dan pertandingan kepenggunaan,” katanya.

Katanya, BPK2022 itu akan disambut selama sebulan bermula pada 1 Mac dan berakhir pada 31 Mac ini, yang mana kemuncak sambutan akan diadakan pada 26 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI