fbpx

Bot Whaly 435 bantu polis ke lokasi banjir terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa turun bot Whaly 435 untuk digunakan semasa operasi menyelamat menyelamat mangsa banjir di Pasir Mas hari ini. - Foto IHSAN PDRM

PASIR MAS – Polis menggunakan enam buah bot jenis Whaly 435 untuk melancarkan operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan terpencil di daerah ini termasuk Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas; Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, keupayaan bot itu yang boleh masuk ke kawasan perumahan, bandar, kampung dan kawasan terpencil dilihat mampu memberikan bantuan awal dalam kerja-kerja menyelamat.

Menurutnya, bot itu juga boleh beroperasi di kawasan yang terdedah kepada air pasang surut dan perairan cetek sekali gus memudahkan tugas memindahkan mangsa banjir ke tempat lebih selamat.

“Penggunaan bot ini mampu membantu pihak polis untuk memberikan bantuan dengan segera sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

“Ia tahan lasak selain tahap kestabilan yang baik semasa di dalam air dan mudah dibawa sekali gus melengkapkan pakej kegunaan pada bot ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, bot yang dibawa oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang itu kali pertama digunakan untuk operasi menyelamat mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Katanya, bot sepanjang 4.35 meter itu dilengkapi dengan enjin sangkut berkuasa 40 kuasa kuda selain dibina dengan ciri-ciri kelebihan bagi memenuhi keperluan spesifikasi pasukan terutama untuk tugas menyelamat dan operasi bantuan banjir.

Mohd. Nasaruddin berkata, kemudahan aset itu akan ditempatkan Ibu Pejabat Polis Daerah atau balai-balai yang sering berdepan banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI