JAKARTA – Pesohor media sosial dan bintang YouTube Indonesia, Atta Halalintar sudah mula membicarakan soal jodoh anak sulungnya, Ameena Hanna Nur Atta meskipun bayi itu baru berusia seminggu.
Menurut laporan Suara.com, Atta yang berkahwin dengan anak penyanyi popular Kris Dayanti iaitu Aurel Hermansyah berkata, jodoh anaknya tidak perlu datang dari keluarga kaya.
Atta berkata perkara paling penting yang akan dinilai daripada bakal menantunya adalah pegangan agamanya.
“Saya tidak akan memarahi mana-mana jejaka yang cuba mendekati Ameena kelak.
“Tidak kisah jika dia datang menjemput anak saya hanya menggunakan motosikal, janji pegangan agamanya kuat,” kata Atta.
Jawapan Atta menuai pujian netizen yang bersetuju dengan kriteria yang ditetapkan oleh lelaki itu untuk mengahwini anaknya.
“Sangat bagus jawapan anda, terserlah aura kebapaannya,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi