fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga adik Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah dari baginda berdua

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Rusli Ibrahim yang meninggal dunia hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Rusli dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata kenyataan itu di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, Anwar dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan adiknya itu telah meninggal dunia di Hospital Selayang sekitar pukul 2.20 petang tadi.

“Adik saya Rusli baru sahaja menyahut panggilan Ilahi di Hospital Selayang.

“Mohon teman-teman mendoakan rohnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa,” ciapnya.

Difahamkan, Allahyarham Rusli telah pergi pada usia 74 tahun dan jenazah beliau dibawa ke Masjid Al-Ubudiah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Ampang malam ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI