fbpx

Wajibkan dos penggalak untuk solat Jumaat selaras konsep Fiqhiyyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan dos penggalak adalah bertetapan prinsip Maqasid Syariah dalam memelihara nyawa. - GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Pendekatan menggalakkan rakyat negeri ini mengambil dos penggalak adalah bertepatan dengan salah satu prinsip Maqasid Syariah iaitu ‘memelihara nyawa’.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesihatan dan kemakmuran rakyat jelata dan sentiasa berusaha mengambil tindakan terbaik untuk mencapai maksud tersebut.

“Kerajaan negeri juga yakin bahawa perkenan Sultan Selangor mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi menyertai solat fardhu Jumaat di masjid adalah berasaskan konsep Fiqhiyyah, iaitu sadd adz-dzara’i.

“Konsep ini bermaksud ‘mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kearah kerosakan dan bahaya’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan dan rungutan umat Islam di Selangor yang tidak dapat menunaikan solat fradhu Jumaat pada 25 Februari 2022 yang lalu berikutan belum menerima dos penggalak Covid-19.

Mohd. Zawawi berkata, kerajaan negeri menegaskan bahawa ketetapan tersebut adalah berdasarkan perkenan Sultan Selangor melalui surat arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 Februari lalu.

Surat tersebut bertajuk arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid, surau dan musolla negeri bagi mengawal pandemik Covid-19.

“Sesungguhnya perkenan ini merupakan keprihatinan Baginda untuk mengelakkan jangkitan pandemik Covid-19 setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berikutan perkembangan terkini jangkitan pandemik tersebut.

“Justeru, kerajaan negeri menasihati rakyat negeri agar segera mengambil dos penggalak vaksin Covid19 bagi memastikan kesihatan diri sendiri, keluarga dan kepentingan awam. Dos penggalak ini boleh diambil secara percuma di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) yang berhampiran,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 39 saat beberapa orang berlalu pulang selepas hadir di pekarangan luar masjid di Hulu Langat dekat sini setelah dimaklumkan tentang peraturan yang bertujuan mengekang penularan virus Covid-19, Omicron. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI