fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Kelantan, Terengganu dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kelantan, Terengganu dan Sabah pagi ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangkakan berlaku sehingga lewat pagi ini.

“Di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu tertumpu di Besut dan Setiu.

“Di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bagi kategori pertama dan kedua.

“Bagi kategori pertama, angin kencang timur laut berkelajuan 4050 kilometer (km) sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Phuket, Samui ,Tioman,utara Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Labuan dan Palawan.

“Kategori kedua pula melibatkan angin kencang timur laut berkelajuan 60 km sejam dengan ombak ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI