fbpx

PRN Johor: Hahasrin yakin dapat pertahan kerusi DUN Panti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hahasrin (dua dari kiri) mengiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Program Bual Bicara Santai Selangkah Bersama STIE Kota Tinggi di Bangunan UTC Batu 4 hari ini.

KOTA TINGGI – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti positif dapat mempertahankan kawasan itu dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu, Hahasrin Hashim berkata, terdapat beberapa isu di kawasan tersebut yang mengambil proses panjang yang menyebabkan beliau perlu kekal di kerusi berkenaan.

“Ada beberapa isu seperti isu gajah yang tidak boleh selesaikan 100 peratus segera, capaian internet, tanah generasi kedua Felda yang mana semua ini melalui proses lama. Sebab itu saya kena pertahan kerusi ini untuk selesaikannya.

“Saya juga yakin dan positif dapat pertahankan kerusi ini dengan majoriti yang lebih besar kali ini.

“Tambahan pula sejak 2018 selepas pilihan raya umum lalu kita kalah, kita lihat semula dan membuat analisis. Dari situ kita atur gerak kerja kepimpinan parti, atur gerak kerja lantik orang yang akan bekerja di Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada pilihan raya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada Program Bual Bicara Santai Selangkah Bersama STIE Kota Tinggi di Bangunan UTC Batu 4.

Beliau berkata, sehingga kini, jentera bergerak dengan baik dan cuba menyesuaikan diri dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI