fbpx

Penuntut universiti hina PDRM, Agong didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Padah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sosial Twitter, seorang penuntut di sebuah universiti didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Azira Azman, 22, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama enam bulan dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Nur Azira didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran pernyataan bersifat jelik menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter @nuraziraazmann dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pukul 2.59 pagi pada 20 April 2021.

Hantaran itu kemudian telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pukul 1.30 petang pada hari yang sama (20 April 2021).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada OKS.

Bagaimanapun, peguam Mahajoth Singh yang mewakili OKS berkata anak guamnya yang merupakan penuntut jurusan Sains Komputer memohon hukuman ringan kerana dia telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI