fbpx

[VIDEO] Pendaki teruja fenomena ‘hujan salji’ di Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian para pendaki yang teruja melihat fenomena salji di Gunung Kinabalu.

PETALING JAYA – Puluhan pendaki teruja menyaksikan fenomena salji di Gunung Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa klip video dikongsikan di Facebook dan Instagram oleh pengguna yang dianggap jarang berlaku sehingga menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian @ivnurjonns, dia dan beberapa pendaki lain teruja apabila salji turun di puncak gunung berkenaan dan ia merupakan pengalaman pertamanya merasai salji di Malaysia.

Selain itu, seorang pengguna turut memuat naik video di Facebook berkongsi pengalamannya menikmati keindahan salji di gunung tersebut.

Jelasnya, sebelum ini fenemona salji di Gunung Kinabalu tertumpu di kawasan puncak, tetapi hari ini ia dapat dirasai sekitar kawasan gunung berkenaan.

“Sebelum ini dengar cerita tentang salji di puncak gunung, hari ini merasai sendiri salji di kawasan sekitar gunung, Alhamdulillah,” tulisnya di Facebook.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut tertarik dengan kejadian itu.

“Seronoknya dapat merasa keindahan salji, saya selalu tengok dalam filem sahaja,” ukar Fatin Hannani.

“Fenomena yang jarang berlaku, inilah keindahan ciptaan Allah, tiada yang mustahil setiap ciptaannya di dunia ini,” kongsi Muhd. Solihin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI