fbpx

Pelajar tahfiz lemas dihanyut arus deras banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kanak-kanak bermain banjir setinggi 1.5 meter yang melimpah di atas jalan kawasan Kampung Senor hari ini. - ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Seorang pelajar tahfiz ditemui lemas selapas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kedapan, Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini hari ini.

Mayat mangsa, Hawari Kaday, 15, ditemui lemas kira-kira pukul 3.55 petang tadi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang dan Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam semalam yang memaklum seorang remaja lemas dibawa arus banjir.

Menurutnya, selepas lebih 19 jam hilang, mayat mangsa akhirnya ditemui di Kampung Kedapan petang tadi.

“Mayat mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas. Selain itu, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI