fbpx

Nasib baik tak jumpa Bella, Aliff Aziz – Didi Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDI ASTILLAH

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Didi Astilah memasuki senarai terbaharu selebriti tanah air yang dijangkiti wabak Covid-19.

Didi ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu dijangkiti virus berkenaan daripada kenalan rapat yang terlebih dahulu disahkan positif.

“Saya dapat tahu kawan saya sendiri positif Covid-19 beberapa hari sebelum ini. Jadi sebagai kontak rapat, saya terus lakukan ujian RTK dan keputusan negatif.

“Saya pelik sebab saya dah mula rasa tak sedap badan dan ada beberapa simptom seperti sakit dada.

“Jadi sebab tak puas hati dengan keputusan RTK, saya terus ke klinik dan lakukan PCR dan benar seperti dikata, keputusannya positif,” katanya.

Tambah adik kepada pelakon dan penyanyi popular Bella Astillah itu, dirinya turut mengalami beberapa gejala selepas dijangkiti wabak berkenaan.

“Bermula dari malam tadi, saya dah mula hilang deria rasa. Apa yang saya makan dan minum
semuanya tiada rasa. Demam, batuk alhamdulillah tiada. Deria bau juga masih ada.

“Dada pun sampai sekarang masih sakit dan rasa sempit, tetapi saya masih boleh bernafas seperti biasa, cuma rasa sesak sikitlah,” katanya yang kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya selama satu minggu.

Pada masa sama, pelakon drama Perisik Cinta Tidak Diundang itu turut meluahkan rasa syukur
kerana masih belum berkesempatan berjumpa dengan kakak dan abang iparnya yang juga penyanyi Aliff Aziz sejak mereka pulang daripada menunaikan umrah tempoh hari.

“Nasib baik saya tak jumpa mereka berdua lagi kerana sibuk dengan penggambaran. Kalau tak, mungkin dengan mereka sekeluarga termasuk anak-anak pun berkemungkinan positif juga seperti saya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak produksi juga terus menangguhkan seketika penggambaran selepas tahu saya positif,” katanya.

Terdahulu, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 26, memuat naik InstaStory keputusan kit ujian yang menunjukkan dirinya positif.

Untuk rekod, beberapa selebriti tanah air antaranya Datuk Aishah, Iman Suhana, Intan Ladyana, Nabila Razali, Ariff Bahran, Datuk Afdlin Shauki, Azira Shafinaz, Achey dan Syatilla Melvin turut disahkan positif Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI