fbpx

Maut rempuh lori berhenti tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pacuan empat roda dipandu lelaki yang merempuh belakang sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Khantan Baru, Ipoh semalam.-IHSAN JBPM

IPOH – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Khantan Baru di sini malam tadi.

Mangsa, Parvinderjit Singh Dhillon Dalip Singh, 44, dari Taman Rishah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, pacuan empat roda jenis Ford Ranger itu terbabas dan melanggar belakang kanan treler dipandu lelaki berusia 46 tahun yang berhenti di bahu kiri jalan.

Mangsa yang tersepit dalam kenderaan mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.22 malam.

“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit segera dijalankan. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 12.04 tengah malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI