fbpx

Luahan Pembaca: Kumpulan Facebook kelakar hilangkan tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan Facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official antara yang disertai pengguna media sosial untuk menghilangkan stres.

SAUDARA PENGARANG,

Kehidupan yang serius amat membosankan lebih-lebih lagi ketika kita semua masih belum bebas cengkaman Covid-19.

Mujur ada segelintir rakyat Malaysia yang kreatif menubuhkan kumpulan Facebook kelakar untuk menghilangkan tekanan.

Antaranya Ayahanda Rani Kulop Fans, Suami Masak Apa Hari ini, Lando Zawawi Vrus, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, Rempit Logik dan lain-lain.

Pentadbir akaun kumpulan itu sememangnya bijak dan kelakar sehingga mampu membuatkan pengikutnya ketawa.

Setiap status yang dimuat naik tidak kira kata-kata atau video, pasti mengundang rasa lucu, malah pengikut sentiasa tertunggu-tunggu idea baharu yang bakal dihidangkan.

Ada kalanya pengikut lebih terhibur membaca komen lucu berbanding dengan status. Bagaimanapun, apa yang dikesalkan ialah sikap segelintir orang kita meninggalkan komen yang kadang-kadang tidak langsung memberikan gambaran sebagai orang timur yang kaya dengan budi bahasa.

Maki hamun dan carutan menjadi kebiasaan dan sama ada kita sedar ataupun tidak, ia mewariskan kepada generasi muda satu sikap negatif.

Kadang-kadang, yang perasan bagus memberikan komen tanpa usul periksa asalkan puas dapat memaki hamun sehingga lupa bahawa sebenarnya apa yang disampaikan tidak sahih.

Hendak tegur masing-masing sudah dewasa. Apa yang kita harapkan ialah agar mereka dapat sedar sendiri dan mengetahui sebenarnya perkataan yang diucapkan atau ditulis mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Suka jenaka,
Linda Lam, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI