fbpx

Pemilik TikTok fitnah polis Shah Alam dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan pemilik TikTok yang memfitnah Ketua Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

SHAH ALAM – Polis kini mengesan pemilik akaun TikTok dikenali @marissakamal yang memfitnah Ketua Balai Polis Seksyen 9 dengan mengaitkan sebagai polis korup sehingga tular.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini susulan tindakan pemilik tiktok itu apabila menyatakan pihak polis telah terlibat dalam aspek hartanah.

Katanya, berdasarkan kenyataan suspek didalam aplikasi TikTok itu turut menegaskan pemilik rumah telah menghantar pasukan polis kerana dia lewat membayar sewa sebulan.

Pemilik tiktok mendakwa hanya sempat mengambil televisyen sahaja manakala barangan lain telah diambil ibu kepada pengadu.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati, pemilik asal rumah berkenaan telah membuat laporan polis kerana suspek yang memviralkan video diTikTok tersebut didapati enggan keluar daripada rumah yang pengadu benarkan menghuni secara ihsan.

“Sedangkan notis telah diberikan selama dua bulan untuk suspek berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baharudin berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Justeru, ujar beliau, mereka yang nempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hazimah ditalian 03-55202222. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI