PENYANYI Kelly Clarkson dikhabarkan ingin membuang nama belakangnya ‘Clarkson’ yang telah menjadi identitinya sebagai penyanyi sejak 20 tahun lalu.
Bahkan, Clarkson turut dilaporkan telah menyatakan hasrat tersebut dengan membuat permohonan di mahkamah pada 14 Februari lalu bersempena dengan sambutan Hari Kekasih.
Menurut khabar daripada sumber terdekat, penyanyi berusia 39 tahun itu ingin menggantikan nama ‘Clarkson’ menjadi ‘Brianne’ dan seterusnya ingin dikenali dengan nama Kelly Brianne.
“Keinginannya begitu kuat sehingga dia telah mengemukakan beberapa surat secara rasmi untuk mengubah namanya menjadi Kelly Brianne,” kata sumber.
Difahamkan keinginan pelantun lagu Because Of You itu terdetik mahu menukar nama selepas melalui fasa suram dalam hidupnya iaitu bercerai dengan suami, Brandon Blackstock pada tahun lalu.