fbpx

Keadaan Roslan Shah stabil, rebah sebab darah tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar momen Roslan rebah ketika sedang bersiaran langsung dalam program WHI hari ini.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara Roslan Shah yang dilaporkan tiba-tiba rebah dan terlungkup ketika menjadi tetamu program Wanita Hari Ini (WHI) di dapati mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak penyiar TV3, Roslan atau lebih mesra disapa cik Lan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh ambulan dan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Sebaik sahaja selebriti serba boleh itu rebah, pihak produksi WHI tanpa melengahkan masa telah memanggil panel doktor ke Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara untuk memeriksa keadannya sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Ujian saringan covid-19 (RTK) yang dibuat turut menunjukkan keputusan negatif, sama seperti sehari sebelum dia hadir ke Sri Pentas.

Terdahulu, program WHI yang disiarkan secara langsung di TV3 hari ini kecoh selepas selebriti asal Singapura itu tiba-tiba rebah dan terlungkup ketika di temu bual.

Dalam siaran langsung tersebut, cik Lan dilihat sedang ditemu bual oleh dua pengacara iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dengan topik bertajuk Si Mulut Tempayan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI