fbpx

Kakitangan kerajaan rugi RM711,626 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM711,626 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai mahkamah baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, berdasarkan keterangan lelaki berusia 52 tahun itu, dia telah dihubungi oleh seorang yang mendakwa sebagai pegawai mahkamah serta menyatakan mangsa terlibat dengan jenayah rasuah dan penggubahan wang haram.

“Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada pihak ‘polis’ dan diarahkan untuk membuat transaksi ke dalam 13 akaun yang berbeza bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang ketakutan telah melakukan 74 transaksi sehingga berjumlah RM711,626 ke dalam akaun yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Habibi, mangsa kemudian telah membuat laporan polis pada 26 Februari lalu setelah menyedari beliau telah ditipu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaaan kerana menipu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan taktik digunakan penjenayah siber seperti Macau Scam.

“Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’, pihak polis menasihatkan orang ramai membuat semakan daripada balai-balai yang terdekat untuk memastikan butiran-butiran panggilan adalah benar dari pihak berkuasa serta tidak mendedahkan maklumat akaun kepada pihak ketiga melalui panggilan telefon,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI