fbpx

Jualan kukuh kit antigen Covid-19 pacu pemulihan G3 Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pakar kecerdasan buatan,  G3 Global Berhad (G3 Global) melengkapkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021) dengan prestasi positif sebagaimana perolehan sukuan Kumpulan melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih empat  tahun.

Bahagian penjagaan kesihatan menunjukkan prestasi cemerlang di mana pendapatan meningkat lebih banyak 700 peratus, suku ke suku berikutan jualan kukuh kit antigen Covid-19, yang mendorong G3 Global mendekati sasaran pemulihannya.

Pengarah Urusannya, Dirk Quinten berkata, G3 Global yang juga membekal Internet-of-Things (IoT) berkaitan objek dan penyampaian penyelesaian data berasaskan awan, merekodkan perolehan RM18.79 juta di dalam suku keempat 2021 mewakili pertumbuhan kukuh lebih dari lapan kali tahun ke tahun. 

Kumpulan mencatatkan hasil RM2.29 juta pada suku tahun sebelumnya.

Quinten

“Pemulihan kewangan Kumpulan  telah melonjak berikutan pembabitan di dalam sektor penjagaan kesihatan menerusi pengambilalihan 51 peratus saham di dalam Bestinet Healthcare Sdn Bhd.

“Tinjauan Penjagaan Kesihatan Bestinet kekal positif dengan tempahan dua juta kit ujian di dalam tangan,” katanya dalam kenyataan.

Quinten menerangkan, sekiranya  momentum pada sekarang berterusan, Kumpulan bakal berada di dalam landasan tepat untuk kembali untung menjelang suku ketiga 2022. 

“Berikutan pembabitan kami di dalam penyelesaian agihan kit antigen Covid-19, G3 Global mendapat manfaat dari permintaan kukuh khususnya kit ujian kendiri berikutan lonjakan kes-kes virus korona di Malaysia,” jelas beliau. KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI