fbpx

Jin Wei nekad kembali buru impian besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN WEI bertekad untuk kembali menggegarkan arena badminton dunia selepas keluar daripada persaraan dan bakal menyertai saingan Terbuka Switzerland.

JUARA remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei bakal turun ke ge­langgang buat kali pertama setelah sekian lama dengan menyertai Terbuka Switzerland bermula 22 hingga 27 Mac depan.

Pemain perseorangan wanita profesional itu pastinya sudah tidak sabar untuk kembali selepas pernah mengumumkan persaraan mengejut daripada arena badminton kerana masalah kesihatan pada September tahun lepas.

Ia gara-gara Jin Wei menjalani pembedahan usus pada Oktober 2019 menyebabkannya terpaksa berehat selama 14 bulan sebelum kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara.

Bagaimanapun, Jin Wei, 22, yang berasal dari Pulau Pinang bersedia menghidupkan semula kariernya selepas menandata­ngani kontrak penajaan dua tahun bersama Li-Ning.

“Kami dilatih untuk lebih fokus pada matlamat dan pencapaian sama ada mental atau fizikal ketika berada di atas ge­langgang.

“Terima kasih Li-Ning kerana memberi saya peluang supaya dapat terus berusaha untuk lebih gemilang buat negara sebagai pemain bebas,” kata Jin Wei yang akan sentiasa memantau tahap kesihatannya sebelum menghadapi Terbuka Switzerland.

Turut menyertai kem Li-Ning ialah beregu profesional lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, pemain beregu wanita, Woon Khe Wei, pemain perseorangan profesional lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan bekas pemain kebangsaan, Tan Boon Heong.

Sebagai rekod, antara pencapaian tertinggi Jin Wei dalam kategori perseorangan wanita adalah meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan bergelar juara Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI