fbpx

Eunji dilarang pakai gincu ‘pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EUNJI

PANTANG larang dalam dunia hiburan K-pop sangat banyak dan adakalanya langsung tidak masuk akal.

Namun, itulah yang berlaku kepada penyanyi dan juga pelakon Eunji ketika awal kemunculannya bersama kumpulan Apink.

Ketika muncul dalam program City Women of Mountain Climbers, Eunji bersama beberapa selebriti lain iaitu Sunhwa dan Lee Sun-bin berbicara tentang fasa debut mereka.

Eunji kemudian mendedahkan, ada benda yang dilarang diguna pakai olehnya ketika debut bersama Apink suatu ketika dahulu.

“Ada sesuatu yang ‘digam’ ketika debut Apink. Saya selalu terfikir, kenapa ‘benda’ ini digam dan kenapa pula dilarang memakainya?” katanya.

Ketika Sunhwa dan Sun-bin meneka ‘benda’ tersebut adalah barangan seperti telefon, sikat, cermin dan dialek, jawapan diberikan Eunji agak mengejutkan.

“Saya sebahagian daripada kumpulan Apink, tapi saya dilarang daripada menggunakan gincu berwarna merah jambu.

“Warnanya sangat cerah dan nampak tak sesuai dengan saya. Warna merah jambu itu seakan-akan putih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI