fbpx

Buka sempadan, SOP ‘santai’ jika Rt terus turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pembukaan sepenuhnya sempadan dan langkah-langkah kesihatan yang lebih ‘santai’ dapat diikuti sekiranya nilai kebolehjangkitan negara atau R-naught (Rt) terus mencatatkan trend penurunan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini, nilai Rt negara terus mencatatkan trend penurunan dengan semalam 1.05.

“Terlalu awal untuk mengatakan kita telah melepasi puncak Omicron. Sebanyak 96 peratus daripada kes aktif di rumah dan hospital adalah terkawal.

“Sekiranya trend ini berterusan, sempadan dibuka sepenuhnya dan langkah-langkah (kesihatan) domestik lebih ‘santai’ dapat diikuti,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Berdasarkan nilai Rt yang dikongsikan beliau, bermula 13 Februari hingga semalam, terdapat trend penurunan pada kadar kebolehjangkitan negara dengan yang terkini ialah semalam 1.05.

Pada 13 Februari, negara mencatatkan nilai Rt 1.43 kemudian, ia dilihat menurun pada hari-hari berikutannya iaitu 1.38 (14 Februari), 1.33 (15 Februari), 1.32 (16 Februari), 1.27 (17 Februari), 1.24 (18 Februari), 1.21 (19 Februari), 1.19 (20 Februari), 1.16 (21 Februari), 1.15 (22 Februari), 1.13 (23 Februari), 1.13 (24 Februari), 1.11 (25 Februari) dan 1.08 (26 Februari).

Dalam masa sama, data menunjukkan sebanyak 300,692 kes aktif dilaporkan melibatkan 288,980 kes dikuarantin di rumah, 3,495 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,864 kes di hospital, 160 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 193 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI