fbpx

Bomba selamatkan budak lelah kronik terkandas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menghidap lelah selepas rumah keluarganya di Kampung Jerangau, Tanah Merah dinaiki air semalam. - Foto IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak yang menghidap lelah kronik terpaksa dibawa menaiki bot bomba sejauh dua kilometer selepas rumahnya di Kampung Jerangau di sini digenangi air petang semalam.

Mangsa, Muhammad Adib Harraz Mohd. Raimi, 4, diselamatkan anggota bomba sebelum dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Tanah Merah di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima laporan pukul 4 petang sebelum bergegas ke rumah kanak-kanak itu.

Menurutnya, paras air di kawasan kampung itu semakin naik semasa mangsa diserang lelah.

“Selepas menerima maklumat, lima anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah bot untuk menyelamatkan mangsa.

“Kita mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit memindahkan kanak-kanak itu dan ibunya ke kawasan yang selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Rafain berkata, dua beranak itu dibawa dengan sebuah kereta ke Hospital Tanah Merah bagi menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI