fbpx

Bayi Atta, Aurel kumpul hampir sejuta peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUREL dan Atta bersama puteri sulung mereka, Ameena.

JAKARTA – Akaun rasmi Instagram anak pasangan selebriti media sosial popular Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah iaitu Ameena Hanna Nur Atta  berjaya mengumpul hampir satu juta pengikut dalam tempoh 24 jam diaktifkan bermula semalam.

Bukan itu sahaja, hasil semakan turut mendapati terdapat lebih daripada 50 akaun Instagram dicipta oleh peminat menggunakan nama Ameena Atta yang mempamerkan wajah bayi itu menjadi profil muka hadapan.

Setakat ini, bayi perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari lalu itu telah pun memiliki sejumlah 718 ribu pengikut dalam Instagram rasminya iaitu @ameenaatta dan dijangka akan mencecah angka satu juta dalam masa terdekat.

Situasi tersebut menunjukkan Ameena turut terkena tempias meraih populariti sama seperti yang dikecapi oleh kedua-dua orang tuanya.

Rata-rata pengikut Instagram rasmi Ameena memuji wajah bayi tersebut yang disifatkan sangat comel seperti ibunya yang juga merupakan anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.

“Hi anak yang cantik. Masya-Allah,” ucap seorang pengikutnya.

“Saya rasa jatuh cinta melihat senyuman pertamanya,” kata seorang lagi peminat Ameena.

“Assalamualaikum anak soleha yang cantik,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Sekadar info, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI