PETALING JAYA – Penduduk di semenanjung serta Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada ekoran amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, amaran itu dikeluarkan di Kedah melibatkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di Pahang, keadaan dijangka tertumpu di kawasan Bentong dan Bera manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan di Negeri Sembilan bagi kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Sementara itu, keadaan cuaca buruk turut dijangka berlaku melibatkan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang, Melaka dan Johor.
“Di Sarawak, amaran turut dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau)
“Manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat,” ujarnya.
Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlaku sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE