fbpx

Abramovich tidak lagi ‘jaga’ Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAMOVICH didesak untuk melepaskan pemilikan Chelsea selepas turut terkait ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – AFP

LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich akhirnya membuka mulut berhubung statusnya selepas Parlimen Britain mendesak beliau untuk melepaskan kelab tersebut atas alasan Rusia melakukan serangan ke atas Ukraine.

Beliau membuat pengumuman untuk menyerahkan sepenuh kuasa kepada pemegang amanah yayasan kebajikan kelab yang terdiri daripada Bruce Buck, John Devine, Emma Hayes, Piara Powar, Paul Ramos, Sir Hugh Robertson dan Sebastien Coe.

Bagaimanapun, difahamkan Abramovich tidak akan melepaskan kelab yang dimiliki olehnya sejak 2003 memandangkan kerajaan United Kingdom tidak mengenakan sekatan terhadap beliau.

“Hampir 20 tahun menjadi pemilik Chelsea, saya sentiasa meng­anggap diri saya sebagai penjaga kelab yang bertanggungjawab dalam memastikan pasukan terus mencipta kejayaan.

“Saya mengambil keputusan ini demi kebaikan kelab dan saya sentiasa komited untuk Chelsea. Oleh itu, saya serahkan hak penjagaan kelab kepada pemegang amanah yayasan kebajikan kelab.

“Apa yang penting saya percaya mereka (pemegang amanah) berada pada kedudukan terbaik bagi memastikan kelangsungan serta menjaga kepentingan kelab, pemain, staf dan penyokong,” katanya menerusi satu kenyataan.

Abramovich antara individu yang menerima tempias selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine memandangkan beliau memiliki hubungan cukup rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI