fbpx

42 pelajar tahfiz selamat dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di bahagian stor Maahad Tafiz Al Quran Al Murshah di Labok Machang malam tadi. - Foto IHSAN BOMBA

MACHANG – Seramai 42 pelajar asrama Maahad Tahfiz Al Quran Al Murshah, Labok di sini bertempiaran lari selepas menyedari sebahagian tandas yang dijadikan stor di sekolah pondok itu terbakar awal pagi tadi.

Kejadian disedari berlaku oleh salah seorang pelajar selepas terasa bahang panas di dalam madrasah itu pada pukul 1 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pelajar itu kemudian mengejutkan rakan-rakannya sebelum mereka memaklumkan kepada empat tenaga pengajar di situ.

Menurutnya, kesemua pelajar dan tenaga pengajar sempat berlari keluar dari bangunan madrasah itu sebelum membuat panggilan kepada pihak bomba.

“Anggota bomba mendapati bahagian stor barangan di tingkat satu bangunan itu terbakar. Hanya 30 peratus bahagian bangunan madrasah terbakar dan siasatan mendapati, kesemua pelajar dan tenaga pengajar  selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan mendapati kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas di dalam tandas yang dijadikan stor. Jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI